Thursday, March 13, 2008

Nadiah vs Danish

Nadiah

Hari ni Nadiah dah masuk 2 tahun 3 bulan 16 hari Dah besar dah anak dara mommy nih! skang Nadiah makin lasak,notty & banyak cakap.Penat betul melayan kerenah "makcik kecit" nih! Skang ni memang la dia manja sungguh ngan mommy.sikit2 mommy itulah, inilah...lagi2 kalau time nak susu tuuu..laju je dia suruh mommy buat.Orang lain buat dia tak kasi.mesti mommy jugak yang buat.Berdukung pon macam tu jugak.dah besar panjang mintak dukung lagi..eee, mahu senget pinggang mommy dibuatnya.
Badan tu pun dah montel.lepas sudah timbang dah 15kg.Boleh tahan jugak tu berat.
Lepas tu skang ni suka sangatlah nak main air atau mandi.kang kejap2 gi basuh tangan lah...pastu helah dia nak mandi dia kata dia yak.padahal takdak pon..ada sekali tu siap guling2 ataih katil kata dia yak dan nak mandi. sabo ajelah... pastu skang ni pon suka "pow" mommy..ada jelah benda2 yang dia berkenan nak suruh beli.tensen makcik.Kalau dulu leh la pancing dia cakap beli nantilah, esok2 la..skang takde maknanya cakap macam tu ngan dia.boleh plak dia paksa kita beli sekarang jugak.
Lepas tu dah berjangkit feel mommy yang suka shopping .asal jalan ngan mommy then mommy mula pilih baju dia pun sibuk nak jugak..siap cakap " ma..ni cantik...yayah ( panggilan nadiah )nak juga..."

Danish

hmm..umo Danish dah masuk 3 bulan++ ..Berat plak dah 6.8 kg.Danish dah mula meniarap .Dah lebih seminggu Danish tunjuk skill dia tuhhh.Alhamdulillah Danish sihat je setakat ni..Takde demam atau selsema lepas cucuk hari tu.Good Boy! Danish pun macam biasa sangatlah senang nak dijaga.Tak banyak ragam macam kakak dia dulu. Siang Danish masih berbuai lagi.Tapi waktu malam tu dalam kol 8++ dia dah start nak tido letak atas tilam je.kalau kena bedung sampai ke pagi lah hanyut dia lena...Kalau pagi tu dia jaga merengek pun nak mintak kena angkat...dah pandai tengok orang dan paling kalau dengar orang panggil nama dia.Kadang tu kalau diagah, keluarlah jugak sore jantan Danish hehehe...

masa mommy snap2 gambar Danish tetiba teringat Nadiah masa kecik2..saling tak tumpah la muka depa berdua ni..macam photostat..heheh