Tuesday, August 14, 2007

missing u!!!!


Nadiah 20mos!!
dah besar dah anak kesayangan kami..hmm, tak lama lagi nak jd kakak dah, so tak boleh notty tau!
+ Nadiah dah kenal A, B, shi, D , E, efs ( tu cara dia sebut sambil tujuk kat huruf2 tu..fav kletter dia D, for daddy! mesti sebut D dulu :):))
+ dah boleh sebut perkataan dengan betul.kalau dulu sebut hujung je..skang leh sebut nak susu, nak air, nak mandi, nak kasyut,nak itu ini...
+ kalau ibu cakap something dia faham dia akan angguk..
+ nak tido siap tadah tangan macam baca doa dan amin..raup tangan ke muka...alhamdulillah...;)
+ suka tengok make way for noddy..dia akan jerit, ma, nodi! nodi! sambil tunjuk tv
+ kalau dia pakai sst & nak show off kat kita, dia akan panggil & tunjuk..cth pakai baju ke...beria2 dtg tunjuk...hihi
+ pandai pakai kasut sendiri & buka bila perlu..kasut besar pon dia belasah gak...isk isk
+ dah kenal sikit anggota badan & muka...tunjuk gigi, hidung, mata, pipi, tangan kiri/kanan, kaki , perut /lutut...
+ dan lain-lain perkembangan kanak2 seusianya...

Mommy & daddy seronok sangat nadiah cepat belajar..semoga besar nanti Nadiah bertambah bijak & pintar!Amin....

Sunday, August 12, 2007

Weekend with Nadiah

Hari ni plan nak bawak Nadiah pergi pool dekat KLCC.Pagi masa nak keluar tu cuaca agak baik.Lepas breakfast dekat Wisma Central, terus ke KLCC.Jalan-jalan ngan Nadiah .Sebab masa sampai tu dah tengahari, plan nak gi pool tukar ke petang.Sebelum tu nak penuhkan masa layan movie citer Kayangan..heheh, selalu tengok wayang ngan hubby, kali ni tengoklah sensorang.( bukan tak biasa pon sebab dulu kalau hubby takde pon aku layan movie sorang gak...)
Mula2 masuk wayang, Nadiah behave je..sebab dia dapat makan popcorn..habih je popcorn dia start la buat hal..merayau sini sana dari satu seat ke satu seat..aduh, Nasib baik orang tak ramai dan tak bising sangat mulut dia..kalau tak harus dah aku angkat kaki!
Habis tengok wayang jenguk kat luar KLCC hujan plak..la, nampaknya tak dapatlah kita pegi pool.So terus balik umah je.
Penat!

Thursday, August 9, 2007

Happy 28th Birthday Daddy!

Happy bedday 2 u..happy bedday 2 u..happy birthday dahling hubby, happy bedday 2 u!!
Tahun ni usia daddy masuk 28 tahun! wish u all the best in everything u do!!

ni hadiah untuk daddy..mommy dah beli siap2 & decorate hand bouquet tu ..eventho daddy selalu cakap, takyah la bagi munger..membazir tapi mommy nak gak bagi munger nih..lagipon mommy cuma beli munger je, lps tu mommy decorate sndr, lagi murah dari florist & menjimatkan cost i won't spent 50bucks above just for munger...hopefully daddy suka hadiah tu...
macam tahun lepas, mommy akan hantar kek kat opis daddy..mommy dah tempah kek & deliver tapi daddy tak sempat nak potong..


dah selamat kena baham ngan opismate daddy... so mommy bake special cake cikulat untuk daddy!

Sunday, August 5, 2007

X-NDC Family Trip to Melaka

Lama X-ndc tak kumpul ramai-ramai..Last kami jumpa gather2 masa Ramadhan bukak puasa( masa ni cukup korum kecuali Queen & King tak dapat joint)Lepas tu pon ada gather2 gak kat umah anim & kirin masa raya, tapi x dapat jumpa semua lah..so tu tak kira sebab tak cukup korum.
Agenda utama pegi Melaka ni sebab nak makan ikan bakar sambil lepak reramai...Dulu selalu pi makan kat Umbai & Serkam..skang ni nak ubah angin plak.Izhar cadangkan overnight kat Damar Suria Resort, Pangkalan Balak.By chance temapt tu pon ada medan ikan bakar.so kami tak payah la susah2 nak pergi Umbai atau Serkam.Kali ni pilahan kami memang tak silap sebab tempat makan ni memang best! lagi syok daripada Umbai atau Serkam.Food semua fresh & harga sungguh murah!!!memang puas hati walaupun kena tunggu dekat 1 jam 1/2..
ni semua 3 bujang trang tang tu punya pasal lah..dah nak senja pon masih berkubang dalam laut..isk isk isk...

Hari Ahad tu lepas sessi photoshot untuk kenangan masing-masing bawa haluan sendirik.kami memang malas nak merayau kat bandar , lagipon takde apa nak beli.Cuma singgah umah opismate hubby je kat Masjid Tanah untuk melawat Dekna yang baru saja selamat melahirkan 3rd baby.Tahniah! comey sungguh Dhia Aina Maisara tu.geram tengok!
Dalam kol 2 macam tu kami bertolak balik ke KL....

Friday, August 3, 2007

Makan apa boss?

Hari ni aku teringin nak try resepi mee ladna...ni first time buat..sebab actually ni bukan fav aku..selalu aku buat mee sop, mee bandung & mee helam je9 fav hubby)...nampaknya percubaan aku berjaya walaupon rasanya xde la sepure mee ladna kelantan tu..tp rasa ttp ada ...

yang penting ada org tu makan bertambah-tambah ...heheheh

MEE LADNA

Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning [500 gram]
200 gm isi ayam [dipotong]
1 keping fishcake [potong nipis]
10 biji bebola ikan [belah 2]
100 gm carrot [hiris kecil]
100 gm kobis
100 gm sawi
1 biji tomato buah [belah 6]
1 s/k lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tiram
Minyak masak
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam,fish cake dan bebola ikan.
3. Masukkan air, sos tiram, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendideh masukkan telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dah masin]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.