Friday, August 3, 2007

Makan apa boss?

Hari ni aku teringin nak try resepi mee ladna...ni first time buat..sebab actually ni bukan fav aku..selalu aku buat mee sop, mee bandung & mee helam je9 fav hubby)...nampaknya percubaan aku berjaya walaupon rasanya xde la sepure mee ladna kelantan tu..tp rasa ttp ada ...

yang penting ada org tu makan bertambah-tambah ...heheheh

MEE LADNA

Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning [500 gram]
200 gm isi ayam [dipotong]
1 keping fishcake [potong nipis]
10 biji bebola ikan [belah 2]
100 gm carrot [hiris kecil]
100 gm kobis
100 gm sawi
1 biji tomato buah [belah 6]
1 s/k lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tiram
Minyak masak
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam,fish cake dan bebola ikan.
3. Masukkan air, sos tiram, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendideh masukkan telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dah masin]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.

No comments: