Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka ke-51

“Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh….” Pada 31 Ogos 2008 genaplah negara kita mencapai kemerdekaan buat kali yang ke-51. Semangat kemerdekaan haruslah disemai dan terdapat pada diri setiap warganegara Malaysia. Ini adalah penting supaya kita tidak melupakan pejuangan orang-orang yang terdahulu dalam berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara yang tercinta ini. Bagi setiap pelajar pula, diingatkan supaya tidak terlalu leka dengan kesenanagan dan kebebasan yang dikecapi. Seharuslah setiap pelajar haruslah berusaha memajukan diri supaya tidak dijajah lagi terutama melibatkan aspek pemikiran dan budaya. Berusahalah untuk mencapai kejayaan demi masa depan anda dan negara yang dicintai. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments: